Friday, 7 December 2018

Perjalanan Kehidupan Aku


Dalam mencari sebuah cerita, aku masih disini mencari jalan kisah yang sebenarnya tanpa sepatah kata. Bukan aku yang meminta untuk jadi seperti sekarang, tapi inilah kuasa dari Yang Maha Berkuasa. Keredhaan dari Dia membuatkan aku masih bertahan disini. Bukan kerana takut, tapi kerana tanggungjawab aku pada mereka yang berada disekelilingku. Di dunia ini bukan kesempurnaan yang menjadi impian tapi hanya ingin menjadi salah seorang yang membanggakan semua insan. Jika dulu aku memahami dan mengenali ertinya cinta sudah semestinya aku akan menghargai setulusnya, namun aku bukanlah sehebat Dia yang dapat menentukan siapa aku pada hari-hari mendatang.
Mengenali dia dalam hidupku sangatlah bermakna. Malah dalam perkenalan yang singkat banyak menjadikan hari-hari aku berubah dari masa ke masa. Bukan kerana aku tak pernah untuk berubah tapi aku sedar yang sememangnya hidupku memerlukan seseorang yang benar-benar mampu menolak diri ini untuk menjadikan kehidupan aku lebih baik dari hari kelmarin. Midon atau nama sebenarnya Wan Abd Hamid merupakan seorang yang benar-benar ikhlas dalam mengubah hidupku. Dia tidak pernah kira walau apapun keadaan dia betul-betul semangat untuk menguabah diriku. Hari pertama aku mengenali dia aku tidak tahu kenapa yang aku begitu selesa dan senang mempercayai dia sehinggakan aku boleh ikut dia disaat perkenalan kami yang begitu singkat. Aku dengan rendah dirinya bila ikut dia. Keberhasilan dia mengubah aku benar-benar menjadi impian aku selama 26 tahun aku hidup dimuka bumi ini. Dalam 13 tahun aku merindui seseorang yang benar-benar aku cinta dan sayang setibanya dia dalam hidup aku dia mengajar aku banyak benda . Erti kekeluargaan, erti semangat kehidupan, erti kasih sayang, erti percintaan dan banyak lagi yang aku belajar.
Aku sangat terharu dengan apa yang aku ada sekarang. Namun hanya kerana duit semua berubah. Aku menjadi emosi tak menentuk hanya kerana masalah kewangan. Aku tahu banyak yang Midon cuba lakukan untuk diri aku. Dia sewa kereta demi nak memudahkan pergerakkan, jumpa aku disaat aku hampir jatuh, bagi aku semangat , tolong aku jumpa prospek-prospek aku tapi aku disini langsung tidak pernah menghargai dia. Aku terdiam bila dia buat begitu. Aku tidak tahu cara apa lagi yang akan aku lakukan untuk membalas jasa dia . Allah memberi aku begitu banyak dugaan dalam hidup sehinggakan untuk belajar hargai pun aku mengambil masa yang lama. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Aku hanya mampu berharap yang aku mampu membuat yang terbaik dari jauh untuk kumpulan aku. Andai Midon tahu yang aku disini benar-benar ingin menyempurnakan misi Kak Eiju. Aku berharap aku juga dapat membantu Midon menjadi penyumbang terbesar dalam misi bulan ini. Aku berharap dengan adanya kerjaya sekarang aku dapat belajar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan impian yang selama aku idamkan. Aku berharap bulan 12 ini akan berada disamping “introducer”aku sebab bulan ini bulan dia. Aku nak dia gembira yang kumpulan dia ada disamping dia disaat bahagia. Namun bukan kerana aku tidak mahu untuk bersama dengan dia, tapi aku disini ada tanggungjawab juga yang aku kena buat demi nak membantu Midon disana. Andainya Allah dapat membaca isi hati aku dan membenarkan aku luahkan segalanya kepada Midon aku bersedia. Tapi aku bukanlah insane yang sempurna untuk berkongsi dan aku sendiri tahu yang Midon juga mempunyai masalah dia. Sebab itulah aku tak sampai hati nak menyusahkan dia terus. Aku bukan tak nak minta tolong dia, tapi dengan apa yang dialami sekarang pun aku tak sampai hati nak membebankan dia lagi. Aku tak sampai hati nak cerita masalah aku dekat dia sebab dia pun kena tanggung masalah dia sendiri.
Adib ? Haha Adib ini bila aku tengok dia ini ibarat abang aku. Aku tak tahu nak gelak ke nak menangis setiap kali apa yang dibuat. Semangat dia mengingatkan aku pada semangat abang aku waktu kecil-kecil. Selalu bergaduh, ada sahaja tak kena. Tapi adakah zaman kanak-kanak aku boleh kembalikan aku menjadi seorang yang semangat macam Adib ? Haih susahnya nak yakin dengan diri sendiri. I need my strength back. I want to be back. I want to always be there with them sebab Adib dan Midon selalu menjadi tulang belakang buat aku. Hari ini aku pandang balik gambar kami bertiga waktu itu aku rasa aku paling bahagia sebab tanpa mereka berdua aku tak akan layak untuk menjadi seorang “Advance”. Bahagianya memang tak terkata wei. Aku menjadi seorang yang ceria lepas aku mendapat galakkan dari ayah aku atas semangat yang mereka bagi. Harapan aku pada diri sendiri agar aku dapat bangun dan menjadi yang terbaik buat mereka . Aku tak sampai hati nak buat mereka kecewa sebenarnya tapi aku memang betul-betul nak selesaikan misi kak Eiju, that’s all !
Kak Eiju seorang kakak dan seorang ibu yang sangat baik buat aku. Aku rasa diri ini dapat balik kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini aku cari. Aku bersyukur sangat sebab dapat seseorang yang aku sendiri tak berapa kenal tapi sanggup nak tolong aku demi nak tengok aku Berjaya dalam kehidupan aku sendiri. Selama mana aku hidup dengan terus menyusahkan orang tua ya hari ini kak Eiju yang berhati mulia sanggup membantu aku . Allah hati aku sangat tersentuh bila kak Eiju sanggup “fight” dengan Abang Nash untuk masukkan aku dalam program DSY. Tapi aku ? Allah kenapalah aku nie pun aku tak tahu. Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab apa yang mereka bertiga lakukan pada aku selama ini sangat besar. Aku berharap sangat aku dapat bantu mereka bertiga . Tapi layak ke aku untuk dapatkan semula kepercayaan mereka ? layak ke aku Berjaya ? Ya Allah hari demi hari soalan itu selalu bermain difikiran aku . Aku betul-betul nak semangat macam mula-mula. Aku nak menjadi sebahagian ketua kumpulan yang mampu membanggakan mereka. Andai hati ini boleh keluarkan kata-kata , hurmm. Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakbar. Aku berharap aku dapat menyumbangkan walaupun sikit. Aku berharap aku dapat member yang terbaik untuk diri sendiri dan semua orang yang sudah banyak membantu aku.
Kini aku tak tahu nak cakap apa tapi apa yang mampu aku niatkan kini adalah aku ingin bangun. Aku berharap aku dapat bahagiakan diri sendiri dan menggembirakan semua orang yang betul-betul ikhlas nak bantu aku.
I will be back . I don’t want to be promise anything but saya memohon doa semua yang saya akan kembali membuat keputusan yang luar biasa dari sebelum-sebelum ini. Terima kasih semua kerana sudi menjadi tulang belakang saya selama saya disini. 

Thursday, 6 December 2018

KESILAPAN TAK PERNAH BERHENTI

Semua apa yang berlaku hari ini aku lakukan adalah untuk memberitahu dunia aku adalah insan yang  pernah melakukan kesilapan besar dalam diri ini sebelum ini. Aku nak cerita dekat semua orang yang aku dah berubah kerana diri sendiri yang inginkan perubahan ini.

Image result for zikir
Jumaat yang indah dengan disusuli alunan zikir yang membuatkan aku tenang dalam dakapan Allah. Tak semudah itu untuk aku terus mengingati Dia. Kadang-kadang aku menjadi seorang yang leka sampai aku lupa bahawa Allah yang menghidupkan diriku dan Dia juga yang akan mematikan diri yang kerdil ini. Hari ini aku menjadi seseorang yang mempunyai perjalanan kehidupan sendiri. Tapi aku tidak pernah ingin meluahkan pada sesiapa pun dikalangan manusia dimuka bumi ini. Aku lebih rela mendiam dari meluahkan isi hati yang terpendam. Aku sendiri tidak tahu sampai bila perasaan ini akan terus digelumang dalam diri ini. Tapi aku ingin berubah kejalan yang lebih diredhai. Alunan zikir hari ini membuatkan aku ingin bangun dan terus bangun.

Aku tak pernah meminta lebih dari sesiapa. Aku juga tak nak mengharapkan pertolongan dari sesiapa kerana aku sendiri sedar dan ada ketika malu untuk meminta pertolongan dari sesiapa sahaja. Aku malu disaat aku tiada harta kini aku hanya berlapikkan apa yang ada sahaja. Tak ada ? hanya diam dan menanti sesuatu yang pasti dari Dia. Kadang-kadang aku tak faham kenapa aku kena menanti sesuatu benda yang tak pasti sedangkan aku tahu ramai sahaja yang ingin membantu diri yang serba kekurangan ini. Tapi kenapa Allah memberikan aku jalan yang begitu rumit ? Kadang-kadang aku sehingga berfikir adakah aku tak layak untuk hidup bahagia sehingga Dia sanggup menurunkan segala duka dan dugaan yang bertubi buat diri ini ? Aku ingin terus kuat dan kuat walaupun aku kadangkalanya hampir jatuh . Banyak perjalanan hidup orang lain yang aku tonton tapi aku sendiri tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Dia bagi. Allahuakhbar. Aku banyak melakukan kesilapan dimasa lampau . Aku membuang dua insan yang menjadi tunjang kekuatan aku sendiri. Maafkan diriku, Ya Allah. Aku banyak tidak bersyukur dengan pertolongan orang-orang yang banyak memberikan pertolongan disaat aku jatuh. Andai kata masa itu boleh berpatah , insan kerdil ini ingin sahaja melakukan sehabis yang mungkin untuk ubah dunia ini menjadi lebih bagus dari sebelum ini.

Aku banyak terhutang budi pada Midon terutamanya dan yang lain. Dorang banyak bantu aku. Aku terlalu ego untuk mengikut rentak kehidupan sendiri. Aku nak belajar banyak benda yang baru dengan dorang walaupun diri ini tiada apa-apa. Aku tak pernah kesal dengan apa yang aku lalui hari ini. Tapi kenapa disetiap perbuatan aku lakukan ada sahaja kesilapan. Aku masih belum dapat berjumpa dengan diri aku lagi. Macam mana aku nak berdepan dengan mereka ? Adakah aku layak untuk bersama mereka ? Hidup ini memang aku merasakan kepenatannya tapi kenapa Dia tak mematikan aku ? Aku kadang-kadang malu nak bersua dengan mereka sebab aku terlalu diam disaat diri dikerumi masalah terutama duit . Dulu disaat susah aku masih ada lagi tempat aku meminta pertolongan , tapi hari ini pada siapa ak ingin meminta pertolongan itu ? Allahuakhbar, Allahuakhbar , Allahuakhbar.

Image result for maaf

Maafkan aku semua. Aku insan yang seringkali melakukan kesilapan. Aku banyak memilih untuk mendiamkan diri dari terus berkongsi masalah sendiri. Aku tak tahu sampai bila. Tapi aku inginkan perubahan dalaman itu. Aku terlalu bodoh membiarkan perasaan itu dibelenggu dalam diri sehingga tidak sedar yang aku sebenarnya banyak melakukan perubahan. Maafkan aku semua kerana tak memberi komitmen yang terbaik walaupun aku ingin melakukannya. Maafkan aku kerana mengecewakan ramai pihak. Hari ini aku bukan nak berjanji tapi aku yang aku boleh katakan aku akan balik ! Aku akan buat sehabis mungkin .



MAAFKAN AKU SEMUA JIKA DIRI INI BELUM SEMPURNA ! I WILL BE BACK !