Dalam
mencari sebuah cerita, aku masih disini mencari jalan kisah yang sebenarnya
tanpa sepatah kata. Bukan aku yang meminta untuk jadi seperti sekarang, tapi
inilah kuasa dari Yang Maha Berkuasa. Keredhaan dari Dia membuatkan aku masih
bertahan disini. Bukan kerana takut, tapi kerana tanggungjawab aku pada mereka
yang berada disekelilingku. Di dunia ini bukan kesempurnaan yang menjadi impian
tapi hanya ingin menjadi salah seorang yang membanggakan semua insan. Jika dulu
aku memahami dan mengenali ertinya cinta sudah semestinya aku akan menghargai
setulusnya, namun aku bukanlah sehebat Dia yang dapat menentukan siapa aku pada
hari-hari mendatang.
Mengenali
dia dalam hidupku sangatlah bermakna. Malah dalam perkenalan yang singkat
banyak menjadikan hari-hari aku berubah dari masa ke masa. Bukan kerana aku tak
pernah untuk berubah tapi aku sedar yang sememangnya hidupku memerlukan
seseorang yang benar-benar mampu menolak diri ini untuk menjadikan kehidupan
aku lebih baik dari hari kelmarin. Midon atau nama sebenarnya Wan Abd Hamid
merupakan seorang yang benar-benar ikhlas dalam mengubah hidupku. Dia tidak
pernah kira walau apapun keadaan dia betul-betul semangat untuk menguabah
diriku. Hari pertama aku mengenali dia aku tidak tahu kenapa yang aku begitu
selesa dan senang mempercayai dia sehinggakan aku boleh ikut dia disaat
perkenalan kami yang begitu singkat. Aku dengan rendah dirinya bila ikut dia.
Keberhasilan dia mengubah aku benar-benar menjadi impian aku selama 26 tahun
aku hidup dimuka bumi ini. Dalam 13 tahun aku merindui seseorang yang
benar-benar aku cinta dan sayang setibanya dia dalam hidup aku dia mengajar aku
banyak benda . Erti kekeluargaan, erti semangat kehidupan, erti kasih sayang,
erti percintaan dan banyak lagi yang aku belajar.
Aku
sangat terharu dengan apa yang aku ada sekarang. Namun hanya kerana duit semua
berubah. Aku menjadi emosi tak menentuk hanya kerana masalah kewangan. Aku tahu
banyak yang Midon cuba lakukan untuk diri aku. Dia sewa kereta demi nak
memudahkan pergerakkan, jumpa aku disaat aku hampir jatuh, bagi aku semangat ,
tolong aku jumpa prospek-prospek aku tapi aku disini langsung tidak pernah
menghargai dia. Aku terdiam bila dia buat begitu. Aku tidak tahu cara apa lagi
yang akan aku lakukan untuk membalas jasa dia . Allah memberi aku begitu banyak
dugaan dalam hidup sehinggakan untuk belajar hargai pun aku mengambil masa yang
lama. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Aku hanya mampu
berharap yang aku mampu membuat yang terbaik dari jauh untuk kumpulan aku.
Andai Midon tahu yang aku disini benar-benar ingin menyempurnakan misi Kak
Eiju. Aku berharap aku juga dapat membantu Midon menjadi penyumbang terbesar
dalam misi bulan ini. Aku berharap dengan adanya kerjaya sekarang aku dapat
belajar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan impian yang selama aku
idamkan. Aku berharap bulan 12 ini akan berada disamping “introducer”aku sebab
bulan ini bulan dia. Aku nak dia gembira yang kumpulan dia ada disamping dia
disaat bahagia. Namun bukan kerana aku tidak mahu untuk bersama dengan dia,
tapi aku disini ada tanggungjawab juga yang aku kena buat demi nak membantu
Midon disana. Andainya Allah dapat membaca isi hati aku dan membenarkan aku
luahkan segalanya kepada Midon aku bersedia. Tapi aku bukanlah insane yang
sempurna untuk berkongsi dan aku sendiri tahu yang Midon juga mempunyai masalah
dia. Sebab itulah aku tak sampai hati nak menyusahkan dia terus. Aku bukan tak
nak minta tolong dia, tapi dengan apa yang dialami sekarang pun aku tak sampai
hati nak membebankan dia lagi. Aku tak sampai hati nak cerita masalah aku dekat
dia sebab dia pun kena tanggung masalah dia sendiri.
Adib
? Haha Adib ini bila aku tengok dia ini ibarat abang aku. Aku tak tahu nak
gelak ke nak menangis setiap kali apa yang dibuat. Semangat dia mengingatkan
aku pada semangat abang aku waktu kecil-kecil. Selalu bergaduh, ada sahaja tak
kena. Tapi adakah zaman kanak-kanak aku boleh kembalikan aku menjadi seorang
yang semangat macam Adib ? Haih susahnya nak yakin dengan diri sendiri. I need
my strength back. I want to be back. I want to always be there with them sebab
Adib dan Midon selalu menjadi tulang belakang buat aku. Hari ini aku pandang
balik gambar kami bertiga waktu itu aku rasa aku paling bahagia sebab tanpa mereka
berdua aku tak akan layak untuk menjadi seorang “Advance”. Bahagianya memang tak terkata wei. Aku menjadi seorang
yang ceria lepas aku mendapat galakkan dari ayah aku atas semangat yang mereka
bagi. Harapan aku pada diri sendiri agar aku dapat bangun dan menjadi yang
terbaik buat mereka . Aku tak sampai hati nak buat mereka kecewa sebenarnya
tapi aku memang betul-betul nak selesaikan misi kak Eiju, that’s all !
Kak
Eiju seorang kakak dan seorang ibu yang sangat baik buat aku. Aku rasa diri ini
dapat balik kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini aku cari. Aku
bersyukur sangat sebab dapat seseorang yang aku sendiri tak berapa kenal tapi
sanggup nak tolong aku demi nak tengok aku Berjaya dalam kehidupan aku sendiri.
Selama mana aku hidup dengan terus menyusahkan orang tua ya hari ini kak Eiju
yang berhati mulia sanggup membantu aku . Allah hati aku sangat tersentuh bila
kak Eiju sanggup “fight” dengan Abang Nash untuk masukkan aku dalam program
DSY. Tapi aku ? Allah kenapalah aku nie pun aku tak tahu. Aku tak tahu nak
cakap macam mana sebab apa yang mereka bertiga lakukan pada aku selama ini
sangat besar. Aku berharap sangat aku dapat bantu mereka bertiga . Tapi layak
ke aku untuk dapatkan semula kepercayaan mereka ? layak ke aku Berjaya ? Ya
Allah hari demi hari soalan itu selalu bermain difikiran aku . Aku betul-betul
nak semangat macam mula-mula. Aku nak menjadi sebahagian ketua kumpulan yang
mampu membanggakan mereka. Andai hati ini boleh keluarkan kata-kata , hurmm.
Allahuakhbar,Allahuakhbar,Allahuakbar. Aku berharap aku dapat menyumbangkan
walaupun sikit. Aku berharap aku dapat member yang terbaik untuk diri sendiri
dan semua orang yang sudah banyak membantu aku.
Kini
aku tak tahu nak cakap apa tapi apa yang mampu aku niatkan kini adalah aku
ingin bangun. Aku berharap aku dapat bahagiakan diri sendiri dan menggembirakan
semua orang yang betul-betul ikhlas nak bantu aku.
I
will be back . I don’t want to be promise anything but saya memohon doa semua
yang saya akan kembali membuat keputusan yang luar biasa dari sebelum-sebelum
ini. Terima kasih semua kerana sudi menjadi tulang belakang saya selama saya
disini.
No comments:
Post a Comment